Assalamu'alaikum Wr.Wb
Selamat pagi sobat sekalian ,di pagi ini saya sedikit sharing tentang " Dajjal "
Oke Langsung ke TKP
Dajal ialah fitnah terbesar yang akan dilalui oleh bangsa manusia. Setiap nabi dan rasul memperingatkan kaumnya tentang kedatangan dajal. Begitu juga Rasulullah SAW, Baginda berkali-kali memperingatkan umatnya tentang dajal agar mereka mempersiapkan diri menghadapinya. Salah satunya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku memperingatkan kalian tentangnya. Tidak ada seorang nabi melainkan ia memperingatkan kaumnya tentang dajal. Nuh telah memperingatkan kaumnya. Akan tetapi aku memberitahu kalian sesuatu yang tidak disampaikan seorang nabi sebelumku. Sesungguhnya dajal itu bermata satu; dan Allah tidak bermata satu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bukan itu sahaja, Rasulullah SAW juga menceritakan fizikal dajal secara terperinci sehingga setiap Muslim sepanjang zaman akan dapat mengenalinya dengan mudah. Dia ialah seorang lelaki Yahudi bertubuh besar; berkulit merah, kakinya renggang ketika berjalan, rambutnya keriting, mata kanannya cacat seperti sebiji anggur yang terapung dalam air dan tertulis di atas dahinya "kafir". Setiap Muslim dapat membaca tulisan ini dengan jelas meskipun dia buta huruf.
AL-Qurtubi berkata, "Nabi SAW telah menceritakan sifat-sifat dajal tanpa meninggalkan keraguan di dalamnya. Semua sifat-sifat itu sangat buruk dan sangat jelas kepada setiap orang yang memiliki pancaindera yang sihat. Namun begitu, orang yang telah ditetapkan sengsara oleh Allah SWT, maka dia akan tetap mengikut pendustaan dan pembohongan dajal."[1]
Kecacatan itu menjadi bukti bahawa dia bukan Tuhan, sebaliknya Allah SWT memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang sesuai dengan keagungan-Nya.
Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa tuhan tidak dapat dilihat di dunia. Seorang Mukmin hanya dapat melihat Allah SWT di Akhirat nanti. Baginda bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah seseorang daripadamu tidak akan melihat Tuhannya sebelum mati." (Riwayat Muslim)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, "Hadis ini mengandungi peringatan bahawa pengakuan dajal sebagai Tuhan merupakan suatu pembohongan kerana melihat Allah SWT hanya selepas kematian, namun dajal mengaku sebagai Tuhan, padahal semua manusia mampu melihatnya sebelum mati."[2]
Kekuasaan dajal merambat ke seluruh kota-kota besar dunia dengan sangat cepat. Tidak ada yang selamat daripada tentera dajal selain Makkah dan Madinah.
Seluruh dunia pada masa itu diliputi ketakutan. Rasulullah SAW bersabda, "Semua manusia akan melarikan diri daripada dajal ke puncak-puncak gunung." (Riwayat Muslim)
Kehadiran dajal hanya selama 40 hari, namun hari-hari ini dirasakan begitu lama seperti satu tahun dua setengah bulan. Hal ini kerana hari pertama Dajal panjangnya seperti satu tahun. Hari yang kedua pula seperti satu bulan manakala hari ketiga seperti satu minggu. Hari-hari berikutnya sama seperti hari-hari biasa.
Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa semua itu hanyalah tipu daya belaka. Baginda bersabda, "Dia (dajal) membawa bersamanya air dan api. Hakikat apinya ialah air yang sejuk dan airnya ialah api." (Riwayat al-Bukhari). Jadi, seorang Mukmin yang kebetulan tidak mampu menghindar daripada dajal tidak boleh tertipu dengan tipu daya ini. Dia tidak boleh takut dengan ancaman dajal dan mesti tegas mengambil keputusan untuk melompat ke dalam apinya.
Mereka yang mengkaji ilmu tauhid pasti tahu, mustahil Tuhan memiliki sifat-sifat makhluk. Hal ini kerana jika tuhan menyerupai makhluk, maka itu bermakna ia adalah makhluk yang memerlukan pencipta. Oleh itu, salah satu sifat Allah SWT adalah mukhalafah lil hawadith (berbeza sama sekali dengan makhluk) sama ada dalam sifat, zat atau perbuatan-Nya.
Dalam naqli berkenaan hal ini sangat banyak. Salah satu daripadanya firman Allah SWT yang bermaksud: "Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya)." (Surah asy-Syura 42: 11)
Dalam surah al-Ikhlas, Allah SWT menyebut, maksudnya: "Tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya." (Surah al-Ikhlas 112: 4)
Jadi, mustahil bagi orang yang memiliki pemahaman tauhid seperti ini dapat menurut dakwaan dajal yang mengaku dirinya Tuhan. Saya berpendapat kemungkinan ilmu tentang ketuhanan ini semakin lama semakin pupus seiring dengan dicabutnya "ilmu khusyuk" sehingga apabila dajal keluar pada akhir zaman nanti, sebahagian besar manusia benar-benar jahil tentang ilmu ini. Akibatnya, mereka akan berbondong-bondong menjadi pengikut dajal.
Ucapan sahabat Nabi SAW bernama Huzaifah bin Usaid menyokong kesimpulan ini. Apabila orang ramai berkata bahawa dajal telah keluar, beliau berkata, "Jika dajal keluar pada hari ini, nescaya anak-anak akan melemparinya dengan batu. Tetapi dia akan keluar ketika manusia telah berkurang, pada saat makanan sangat sedikit, ikatan sesama manusia juga rosak, agama telah lemah dan ahli (agama) sangat kurang..."[4]
Jelaslah, tidak ada benteng yang paling kukuh bagi melindungi diri daripada tipu daya dajal melainkan ilmu dan keyakinan.
Orang-orang yang memiliki kedua-dua sifat ini yang akan tampil menentang dajal pada akhir zaman nanti.
Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Ketika dajal keluar, seorang lelaki Mukmin datang untuk menghadapinya. Dia terus berjumpa dengan pasukan dajal, lalu dia ditanya, "Kamu hendak pergi ke mana?"
Dia menjawab, "Aku ingin berjumpa dengan orang yang keluar ini."
Mereka bertanya lagi, "Tidakkah engkau beriman dengan tuhan kami?"
Dia menjawab, "Tuhanku sangat jelas."
Lalu mereka berkata, "Bunuh dia." Namun sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Bukankah tuhanmu melarang untuk membunuh seseorang tanpa kehadirannya?"
Lalu mereka menangkap dan membawanya kepada dajal. Ketika lelaki Mukmin ini melihat dajal, dia berkata, "Wahai manusia, inilah dajal yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW." (Riwayat Muslim)
Semoga artikel ini bisa meningkatkan keimanan kita terhadap Allah S.W.T..Amien
Wassalamu'alaikum Wr.Wb
Selamat pagi sobat sekalian ,di pagi ini saya sedikit sharing tentang " Dajjal "
Oke Langsung ke TKP
Dajal ialah fitnah terbesar yang akan dilalui oleh bangsa manusia. Setiap nabi dan rasul memperingatkan kaumnya tentang kedatangan dajal. Begitu juga Rasulullah SAW, Baginda berkali-kali memperingatkan umatnya tentang dajal agar mereka mempersiapkan diri menghadapinya. Salah satunya dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar, Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya aku memperingatkan kalian tentangnya. Tidak ada seorang nabi melainkan ia memperingatkan kaumnya tentang dajal. Nuh telah memperingatkan kaumnya. Akan tetapi aku memberitahu kalian sesuatu yang tidak disampaikan seorang nabi sebelumku. Sesungguhnya dajal itu bermata satu; dan Allah tidak bermata satu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bukan itu sahaja, Rasulullah SAW juga menceritakan fizikal dajal secara terperinci sehingga setiap Muslim sepanjang zaman akan dapat mengenalinya dengan mudah. Dia ialah seorang lelaki Yahudi bertubuh besar; berkulit merah, kakinya renggang ketika berjalan, rambutnya keriting, mata kanannya cacat seperti sebiji anggur yang terapung dalam air dan tertulis di atas dahinya "kafir". Setiap Muslim dapat membaca tulisan ini dengan jelas meskipun dia buta huruf.
AL-Qurtubi berkata, "Nabi SAW telah menceritakan sifat-sifat dajal tanpa meninggalkan keraguan di dalamnya. Semua sifat-sifat itu sangat buruk dan sangat jelas kepada setiap orang yang memiliki pancaindera yang sihat. Namun begitu, orang yang telah ditetapkan sengsara oleh Allah SWT, maka dia akan tetap mengikut pendustaan dan pembohongan dajal."[1]
Kecacatan itu menjadi bukti bahawa dia bukan Tuhan, sebaliknya Allah SWT memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang sesuai dengan keagungan-Nya.
Rasulullah SAW juga mengingatkan bahawa tuhan tidak dapat dilihat di dunia. Seorang Mukmin hanya dapat melihat Allah SWT di Akhirat nanti. Baginda bersabda yang bermaksud: "Ketahuilah seseorang daripadamu tidak akan melihat Tuhannya sebelum mati." (Riwayat Muslim)
Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan, "Hadis ini mengandungi peringatan bahawa pengakuan dajal sebagai Tuhan merupakan suatu pembohongan kerana melihat Allah SWT hanya selepas kematian, namun dajal mengaku sebagai Tuhan, padahal semua manusia mampu melihatnya sebelum mati."[2]
Tentera Dajal
Al-Hafiz Ibn Katsir berkata, "Dajal tampil pada pertama kali sebagai seorang penguasa yang kejam, ia kemudian mengaku nabi lalu mengaku tuhan."[3]Dajal keluar dari kota Isbahan(Iran) dari sebuah perkampungan Yahudi. Ia terus diikuti oleh 70 ribu Yahudi yang bersenjata lengkap dan berserban hijau. Jumlah pengikutnya semakin ramai setelah 70 ribu tentera Mongol(Tatar) dan penduduk Khurasan bergabung dalam barisannya. Selepas itu, orang-orang jahil dan jahat dalam kalangan awam semakin ramai yang bergabung dalam tenteranya.Kekuasaan dajal merambat ke seluruh kota-kota besar dunia dengan sangat cepat. Tidak ada yang selamat daripada tentera dajal selain Makkah dan Madinah.
Seluruh dunia pada masa itu diliputi ketakutan. Rasulullah SAW bersabda, "Semua manusia akan melarikan diri daripada dajal ke puncak-puncak gunung." (Riwayat Muslim)
Kehadiran dajal hanya selama 40 hari, namun hari-hari ini dirasakan begitu lama seperti satu tahun dua setengah bulan. Hal ini kerana hari pertama Dajal panjangnya seperti satu tahun. Hari yang kedua pula seperti satu bulan manakala hari ketiga seperti satu minggu. Hari-hari berikutnya sama seperti hari-hari biasa.
Fitnah Dajal
Fitnah yang dibawa oleh dajal adalah sangat besar. Ia memiliki kemampuan untuk menipu manusia dengan tipu helahnya. Dajal memperlihatkan seolah-olah dapat menghidupkan orang mati, menurunkan hujan, menumbuhkan tanaman dan membawa segunung makanan untuk manusia yang kelaparan. Orang yang menyambut seruannya akan hidup bergelimang dengan kenikmatan sementara mereka yang menentangnya akan merana dalam kesengsaraan. Semua ini merupakan fitnah yang sangat besar kepada manusia pada masa itu.Memandangkan bahayanya fitnah dajal, Rasulullah SAW memberi doa perlindungan daripada fitnah tersebut. Baginda juga mengesyorkan agar kita menjauhkan diri daripadanya. Baginda SAW bersabda, maksudnya: "Sesiapa antara kamu yang mendengar berita keluarnya dajal, maka jauhkanlah daripadanya. Sebab demi Allah, seorang lelaki menemui dajal sambil menyangka dirinya Mukmin, lalu menjadi pengikutnya akibat terpengaruh dengan kesamaran yang dilihatnya." (Riwayat Abu Daud)Walau bagaimanapun, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa semua itu hanyalah tipu daya belaka. Baginda bersabda, "Dia (dajal) membawa bersamanya air dan api. Hakikat apinya ialah air yang sejuk dan airnya ialah api." (Riwayat al-Bukhari). Jadi, seorang Mukmin yang kebetulan tidak mampu menghindar daripada dajal tidak boleh tertipu dengan tipu daya ini. Dia tidak boleh takut dengan ancaman dajal dan mesti tegas mengambil keputusan untuk melompat ke dalam apinya.
Kejahilan Ilmu
Apabila membaca pelbagai riwayat ini, timbul persoalan besar di hati saya. Bagaimana seseorang yang mengaku menjadi Tuhan dapat menarik pengikut yang sangat ramai dari seluruh dunia? Di manakah akal mereka? Tidakkah mereka memiliki kemampuan untuk membezakan sifat-sifat Tuhan dengan sifat-sifat makhluk?Hasil pembacaan lanjut, saya membuat kesimpulan bahawa kejayaan Dajal banyak dibantu oleh keadaan masyarakat dunia pada masa itu yang sangat miskin ilmu. Saya tidak bermaksud ilmu sains dan teknologi, tetapi ilmu yang membahaskan tentang sifat yang wajib dan mustahil bagi Tuhan. Kejahilan tentang ilmu ini membuat mereka mudah termakan dengan pendustaan Dajal.Mereka yang mengkaji ilmu tauhid pasti tahu, mustahil Tuhan memiliki sifat-sifat makhluk. Hal ini kerana jika tuhan menyerupai makhluk, maka itu bermakna ia adalah makhluk yang memerlukan pencipta. Oleh itu, salah satu sifat Allah SWT adalah mukhalafah lil hawadith (berbeza sama sekali dengan makhluk) sama ada dalam sifat, zat atau perbuatan-Nya.
Dalam naqli berkenaan hal ini sangat banyak. Salah satu daripadanya firman Allah SWT yang bermaksud: "Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya)." (Surah asy-Syura 42: 11)
Dalam surah al-Ikhlas, Allah SWT menyebut, maksudnya: "Tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya." (Surah al-Ikhlas 112: 4)
Jadi, mustahil bagi orang yang memiliki pemahaman tauhid seperti ini dapat menurut dakwaan dajal yang mengaku dirinya Tuhan. Saya berpendapat kemungkinan ilmu tentang ketuhanan ini semakin lama semakin pupus seiring dengan dicabutnya "ilmu khusyuk" sehingga apabila dajal keluar pada akhir zaman nanti, sebahagian besar manusia benar-benar jahil tentang ilmu ini. Akibatnya, mereka akan berbondong-bondong menjadi pengikut dajal.
Ucapan sahabat Nabi SAW bernama Huzaifah bin Usaid menyokong kesimpulan ini. Apabila orang ramai berkata bahawa dajal telah keluar, beliau berkata, "Jika dajal keluar pada hari ini, nescaya anak-anak akan melemparinya dengan batu. Tetapi dia akan keluar ketika manusia telah berkurang, pada saat makanan sangat sedikit, ikatan sesama manusia juga rosak, agama telah lemah dan ahli (agama) sangat kurang..."[4]
Jelaslah, tidak ada benteng yang paling kukuh bagi melindungi diri daripada tipu daya dajal melainkan ilmu dan keyakinan.
Orang-orang yang memiliki kedua-dua sifat ini yang akan tampil menentang dajal pada akhir zaman nanti.
Daripada Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Ketika dajal keluar, seorang lelaki Mukmin datang untuk menghadapinya. Dia terus berjumpa dengan pasukan dajal, lalu dia ditanya, "Kamu hendak pergi ke mana?"
Dia menjawab, "Aku ingin berjumpa dengan orang yang keluar ini."
Mereka bertanya lagi, "Tidakkah engkau beriman dengan tuhan kami?"
Dia menjawab, "Tuhanku sangat jelas."
Lalu mereka berkata, "Bunuh dia." Namun sebahagian daripada mereka berkata kepada sebahagian yang lain, "Bukankah tuhanmu melarang untuk membunuh seseorang tanpa kehadirannya?"
Lalu mereka menangkap dan membawanya kepada dajal. Ketika lelaki Mukmin ini melihat dajal, dia berkata, "Wahai manusia, inilah dajal yang telah diceritakan oleh Rasulullah SAW." (Riwayat Muslim)
Kematian Dajal
Golongan Muslim yang menentang dajal sangat sedikit jumlahnya dan mereka tidak cukup kuat untuk mengalahkan pasukan dajal yang mengusai seluruh dunia ketika itu. Mereka sangat terdesak sehingga akhirnya terkepung di sekitar Baitulmuqaddis. Baginda turun di Menara Timur, Kota Damsyik lalu memimpin pasukan Muslimin melawan pasukan dajal.Sejurus melihat Nabi Isa a.s., dajal berasa amat takut. Ia tahu bahawa ajalnya telah tiba di tangan Nabi Allah Isa, putera Maryam. Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya: "Ketika musuh Allah SWT melihat Nabi Isa a.s., ia mencair bagaikan cairnya garam di dalam air. Jika dibiarkan dia akan terus mencair hingga binasa. Namun Allah SWT (telah menentukan) untuk Nabi Isa a.s. membunuhnya. Dia lalu memperlihatkan kepada mereka darah dajal di hujung tombaknya."Semoga artikel ini bisa meningkatkan keimanan kita terhadap Allah S.W.T..Amien
Wassalamu'alaikum Wr.Wb
Tidak ada komentar :
Posting Komentar